Sunday, April 18, 2010

Model Kounin

Antara banyak-banyak teori pengurusan bilik darjah, saya amat meminati teori yang dipelopori oleh Jacob Kounin.....(a❤‿❤a)

Jom kita ketahui serba sedikit mengenai pengasas teori ini...

Jacob Kounin adalah seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University. Fokus kajian beliau adalah terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P & P mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.

Setelah berkenalan dengan pengasasnya, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pengisian teori ini......•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.

Teori Kounin ialah disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat teori ialah integrasi pengajaran dengan disiplin. Untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, guru hendaklah menggunakan teknik withiness, bertindih, momentum, kelancaran,peka, berwaspada kumpulan, menggalakkan akauntabiliti, format penyertaan tinggi dan peralihan.

Withitness
Ia merujuk kepada kebolehan guru membendung tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal.

Bertindih (overlapping)
Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan 2 @ > aktiviti individu @ berkumpulan pada masa yang sama.

Momentum
Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pengajaran.

Kelancaran
Cirinya ialah kontiniuiti, iaitu perjalanan pengajaran berlaku tanpa sebarang ganggguan.

Kewaspadaan berkumpulan
Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain apabila respons seorang murid sedang diberikan.

Menggalakkan akauntabiliti
Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka sedang diperhatikan dan ditaksir.

Format penyertaan tinggi
Iaitu menggunakan pelajaran untuk mentakrifkan tingkah laku murid apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung.

Peralihan
Iaitu kelancaran peralihan di antara dua aktiviti.

Seterusnya, kita akan melihat bagaimana implikasi Model Kounin Terhadap Tingkah Laku Bermasalah murid.......•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.

Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Guru harus sedari semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah dicipta oleh Kounin. Kebolehan memberi peralihan yang lancar di antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunyai akauntabiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran yang optimal berlaku. Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam belajar bilik darjah.

Rumusan

Strategi pengurusan Kounin telah membawa galakan pembelajaran yang aktif. Strategi beliau telah digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan masa kini kerana kajian menunjukkan bahawa cara beliau adalah paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah.

Pemilihan bacan bacaan bagi kanak-kanak

Kesilapan umum yang dilakukan oleh ibu bapa ialah mendesak kanak-kanak membaca keseluruhan buku. Cara ini jauh lebih menyukarkan daripada membaca sedikit demi sedikit atau bab demi bab.

Cara yang terbaik ialah membaca helaian demi helaian atau perenggan demi perengan mengikut kemampuan kanak-kanak. Bermula dari bahagian yang senang dan berakhir dengan bahagian yang sukar.

Jika kita meminta kanak-kanak membaca buku yang sesuai dengan tahap keupayaannya, kesilapan umum yang dilakukan ialah satu atau dua kesalahan daripada 20 perkataan. Jika kesilapan yang dilakukan lebih daripada jumlah ini, ia memberi kekecewaan dan menghalangnya daripada meneruskan pembacaan.

Bagi mengelakkan kita memaksa kanak-kanak membaca dan menyebabkan minat membaca semakin berkurangan, langkah-langkah berikut boleh difikirkan. Semuanya dilakukan sebanyak dua kali.

1.Baca satu atau dua helai muka surat.
2.Baca bersama-sama.
3.Akhir sekali, minta kanak-kanak membaca semula.

Teknik seperti ini iaitu mengulang baca dapat merangsang ingatan yang berterusan di samping melatih sebutan huruf atau gabungan ayat dengan betul. Ia juga dapat membantu mereka belajar dan praktis membaca dengan lebih lancar.

Pada masa yang sama meningkatkan kefahaman iaitu kemahiran-kemahiran penting untuk membaca.

selamat mencuba......

Saturday, April 17, 2010

Faktor yang menghalang minat membaca kanak-kanak

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara faktor yang sering membantutkan proses membacaan kanak-kanak ialah :

--Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.

--Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.

--Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.

--Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.

--Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.

--Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
--Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.

--Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Bantuan asas hidup

TAHUKAH ANDA....

Apabila kita Kehilangan oksigen dalam 3 – 5 minit ia boleh mengakibatkan :

•Fungsi otak menjadi lemah
•Kehilangan daya kesedaran
•Denyutan jantung dan pernafasan berhenti
•Kematian

Oleh itu, langkah yang sepatutnya harus diambil dengan segera:

PENILAIAN AWAL :
Dapatkan bantuan dengan segera supaya “defibrillator” boleh dibawa ke tempat mangsa itu.

•CPR AWAL :
Teknik pemulihan pernafasan hendaklah digunakan ketika menunggu kedatangan bantuan

•DEFIBRILASI AWAL:
Renjatan elektrik yang terkawal hendaklah diberi kepada mangsa untuk menggerakkan jantung.

•RAWATAN LANJUTAN AWAL: Rawatan pakar akan menstabilkan mangsa.

Semoga tips ini berguna bagi panduan kita semua......

Thursday, August 20, 2009

blog pertama dan selamanya blog cikgubidayuh

em.....hari ini first time buat blog....cikgu eric yg ajar.....tq very much cikgu eric....