Sunday, April 18, 2010

Model Kounin

Antara banyak-banyak teori pengurusan bilik darjah, saya amat meminati teori yang dipelopori oleh Jacob Kounin.....(a❤‿❤a)

Jom kita ketahui serba sedikit mengenai pengasas teori ini...

Jacob Kounin adalah seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University. Fokus kajian beliau adalah terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P & P mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.

Setelah berkenalan dengan pengasasnya, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pengisian teori ini......•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.

Teori Kounin ialah disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat teori ialah integrasi pengajaran dengan disiplin. Untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, guru hendaklah menggunakan teknik withiness, bertindih, momentum, kelancaran,peka, berwaspada kumpulan, menggalakkan akauntabiliti, format penyertaan tinggi dan peralihan.

Withitness
Ia merujuk kepada kebolehan guru membendung tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal.

Bertindih (overlapping)
Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan 2 @ > aktiviti individu @ berkumpulan pada masa yang sama.

Momentum
Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pengajaran.

Kelancaran
Cirinya ialah kontiniuiti, iaitu perjalanan pengajaran berlaku tanpa sebarang ganggguan.

Kewaspadaan berkumpulan
Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain apabila respons seorang murid sedang diberikan.

Menggalakkan akauntabiliti
Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka sedang diperhatikan dan ditaksir.

Format penyertaan tinggi
Iaitu menggunakan pelajaran untuk mentakrifkan tingkah laku murid apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung.

Peralihan
Iaitu kelancaran peralihan di antara dua aktiviti.

Seterusnya, kita akan melihat bagaimana implikasi Model Kounin Terhadap Tingkah Laku Bermasalah murid.......•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.

Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Guru harus sedari semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah dicipta oleh Kounin. Kebolehan memberi peralihan yang lancar di antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunyai akauntabiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran yang optimal berlaku. Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam belajar bilik darjah.

Rumusan

Strategi pengurusan Kounin telah membawa galakan pembelajaran yang aktif. Strategi beliau telah digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan masa kini kerana kajian menunjukkan bahawa cara beliau adalah paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah.

2 comments:

  1. terima kasih atas maklumat ini. ia sangat membantu saya :)

    ReplyDelete
  2. Assalam. Hai. Jom singggah butik...pakaian dan tudung ekslusif...

    http://www.firzaraexclusive.com/

    ReplyDelete